Sunday, July 29, 2007

Menusuri masa...

Aku duduk di perhentian bas sambil memerhatikan kenderaan bergerak bersilih ganti. Sesekali ku lihat beberapa orang pelajar lalu lalang melintas jalan. Tidak ramai pelajar yang duduk di situ. kalau ada pun hanya seketika sahaja. Menahan teksi dan terus pergi. malas mahu menunggu barangkali. Hampir dua jam aku menunggu bas di situ... menunggu dan terus menunggu. Bosan menanti aku catatkan sesuatu pada nota kecilku yang sering menemaniku kemana saja. Panas terik seolah menyiat isi-isi kulit. peluh mula memercik di dahi namun, aku setia menanti.

Pelajar bukan main lagi puluhan ribu tapi sistem pengangkutan tidak memuaskan berbanding dengan bayaran yuran yang terpaksa ditanggung oleh pelajar-pelajar setiap semester...berbaloikah?bayar itu,bayar ini tapi pelajar terpaksa berasak-asak dalam bas. Di mana peranan Persatuan Pelajar yang kononnya memperjuangkan hak pelajar-pelajar seperti ini?politik.......nasib kaulah pelajar!

apabila bibir berbicara....

Dalam pada kita mencari sesuatu kelainan dalam hidup, tentunya kita berhadapan dengan rasa ingin tahu yang meluap-luap tentang kesan kelainan tersebut terhadap diri. manusia lebih banyak bermonolog dalam diri, meluah rasa lahiriah dan batininah yang tidak terungkap pada kata dan bicara. ruangan ini mungkin bisa menjadi lapangan minda untuk pengkarya muda seperti saya membuka setapak demi setapak langkah kecil dalam dunia penulisan. jiwa serta cita-citaku bermula di sini..